Sunday 16 October 2011

Palindrom

Palindrom dari segi matematik ialah:
1) Jumlah nombor yang dibaca sama ada ke depan atau ke belakang dan nombornya adalah sama.

Objektif:
1) Adalah untuk membantu murid yang lemah dalam tajuk penambahan.
2) Supaya murid dapat menambah dengan cepat dan dapat menjawab dengan tepat.

Cara-cara membuat palindrom:
1) Mula-mula pilih satu nombor, sebagai contoh nombor 68
2) Kemudian nombor itu diterbalikkan, seperti 68=86 (apabila diterbalikkan)
3) Selepas itu kedua-dua nombor tersebut ditambah 68 + 86 =  154
4) langkah seterusnya nombor 154 juga diterbalikkan dan menjadi 451 dan kemudian ditambahkan
    154 + 451 = 605
5) Nombor 605 juga diterbalikkan menjadi 506 dan kemudian ditambahkan menjadi 605 + 506 = 1111

Akhirnya jumlah dikehendaki mestilah sama, sama ada dibaca ke depan mahupun di baca dari belakang.
Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment